Rabu, 13 April 2011

Teh Krisantemum....sedap ni..meh Layan!


Hah inilah rupa bunga krisantemum..hehhe selalunya kita nampak yg colour kuning jer kan..hehe..para teman2 bloger tau tak khasiat bunga ni?..ok..meh kita baca same2 ok..

Khasiat bunga ini untuk kesihatan:
  1. Redakan selesema dan sinus = Minum secawan teh krisantemum panas sat anda dilanda selesema dan sakit tekak merupakan satu nikmat yang paling melegakan. Aromanya yg segar memberikan anda keselesaan. Hal ini adalah kesan daripada kandungan vitamin C di dalamnya dan ciri anti-virus semulajadi yg dimiliki oleh bunga krisantemum itu.
  2. Rendah kafein!!! = Teh bunga ni menduduki carta paling bawah dalam nilai kafein berbanding dgn teh yg lain. Justeru, kita tidak terdedah kepada kesan kekurangan kafein seperti keresahan dan sukar untuk fokus..heheh.
  3. Nikmat sebagai penyejuk badan :)= Jgn x tahu, teh ini juga mampu bertindak sebagai penyejuk badan dgn membantu menurunkan suhu panas dalam badan. Selain itu, ia juga baik dalam mengurangkan pertumbuhan jerawat..hah ini sudah bagus kan..heheh. Selain itu juga membantu meredakan pening kepala ringan dan melegakan rasa gigi berdenyut yang dicetuskan akibat demam.
  4. Detoksifikasi menjadi mudah + ahah! ini yg nk dengar ni kan..lancar jer...hehe sesaper yg berangan nk turunkan berat badan tu apa lg amalkanlah minum teh krisantemum ni. Teh ini membantu menyingkirkan toksin dan kolestrol berlebihan dalam tubuh. Minumlah 2 cawan teh krisantemum segar kerana ia baik kepada individu yg ingin mengurangkan risiko penyakit berkaitan kardiovaskular.
  5. Baik untuk otak..yeahh!!= Ya, ia membantu fungsi otak khususnya untuk menajamkan deria menjadikan seseorang itu lebih fokus. Selain itu, ia membantu menstimulasikan rasa tenang dalam tubuh.

Hah...apa lagi cepat2 p beli teh krisantemum ni..hehe...pilih yg kurang manis yer...cheers!

5 ulasan:

  1. ni air bunga yang jual dalam kotak tu eh ?

    BalasPadam
  2. campur dengan limau...sedap. suam2 tu

    BalasPadam
  3. slalu gak kena flu...plg kurg pn makan ubt..itu pn xreda2 gak...lps ni blh try

    BalasPadam
  4. Atiey: hikhikhik...lebih elok kalo teh tu kita buat sendiri...jemur keringkan dan rendam wat minuman. kalo nk ekspress yg dalam tin atau kotak tu pun boleh juga lah...nk cepatkan.

    Liza: wah ini mesti selslu buat nikan...:)

    Aya; betul tu x salah mencuba kan..

    Sari: hehe itu saya kurang pasti tp selalunya yg kaler kuning tu jer.

    BalasPadam