Selasa, 19 April 2011

SEKILAS CANTIK...Part 1

SEBELUM MEMILIH PEMBAYANG MATA, oleskan ia ke bahagian belakang telapak tangan kanan. Ini kerana warna kulit di sekitar bahagian tersebut adalah paling hampir dengan warna kulit di kelopak bahagian mata.



PASTIKAN para blogers wanita yg membaca entry ku ini menggunakan pembayang mata warna dasar yang lembut seperti warna krim. Mainan warna-warna gelap dan garang pula lebih sesuai dilakukan di bahagian atas kelopak mata.



CELAK ATAU PENSIL MATA juga penting untuk membentuk mata yang lebih bulat dan galak. Selain hitam, mata akan kelihatan lebih 'daring' dengan warna garang dan klasik seperti coklat dan jingga.



JIKA WAJAH anda kelihatan berminyak selepas bersolek, ini bermakna bedak asas yang anda pilih tidak bersesuaian dengan kulit wajah anda.




BAGI MEREKA yang berkulit gelap atau sawo matang, hati-hati bermain dengan warna pembayang pipi dan mata. Bagi mewujudkan refleksi cerah pada wajah, bermainlah dengan warna jingga.

APABILA...mencalitkan bedak asas pada wajah, pastikan anda menggunakan asas yang lebih cerah tonanya di seluruh Zon-T.



PASTIKAN.. para pembaca entry ku ini amalkan rutin menyegar dan melembap sebelum proses solekan dimulakan. Sebaiknya pelembap diratakan ke seluruh wajah 20minit sebelum solekan dimulakan.

2 ulasan: