Khamis, 14 April 2011

PETUA2 KECANTIKAN...AYUH BACA!






Selalu dulu-dulu zaman muda belia..cehhh macamdah tua sangatkan..hikhikhik...Mak saya selalu pesan jagn suka bertukar alat kosmetik dan jgn terlalu taksub dgn semua kosmetik2 tu bukan betulpun...banyak bahan kimia jer. Hurm...yerlah zaman kita kan semua nk cepat jadi nk mudah dan pantas beli yg dah siap diproses jer lah kan huhuhu..Mmg betul dan ada kebenaran cakap2 mak saya tu...cuma sikap M.A.L.A.S jer yg kuat bermaharajalela...huhu tp bila usia da semakin matang ni terfikir cakap mak tu...kulit mak tetap licin, putih, bersih dan gebu walau pun x pakai kosmetik macam2 kat pasaran tu... So meh kita terjah petua nenek moyang kita.



AYUH LICINKAN KULIT MUKA

Petua ini sering dilakukan oleh wannita India dan khasiatnya sudah terbukti.
Bukalah kabinet dapur dan ambilah kira2 1sm kunyit hidup.
Setelah dihancurkan, campurkan kunyit hidup itu tadi dgn setengah sudu asam jawa dan sedikit bedak sejuk.
Sebatikan campuran tersebut dan sapukan ke seluruh wajah dgn rata. Biarkan kering da lakukan setiap hari sebelum masuk tidur.
(p/s: alaskan bantal dengan kain sarung atau ape2 kainlah takut sarung bantal jadi kuning...berdasarkan pengalaman lah ni.)
MARI HALUSKAN KULIT WAJAH

Caranya mudah saja....dapatkan sedikit asam jawa. Larutkan bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan yang pekat. Setelah sebati, pupurkan bancuhan ini pada wajah. Biarkan kering dalam 15 minit, kemudian bilas.
Selamat mencuba ya para bloggers!.

MASALAH KEDUTAN?...

Buka peti sejuk dan dapatkan sebatang lobak merah segar. Selepas dibersihkan,parutkan lobak merah tersebut dan campurkan dgn sesudu tepung jagung dgn sebiji kuning telur. Selepas bancuhan tersebut sekata, ratakan pula pada wajah. Nak dapat hasil yang pantas dan cepat, amalkan selalu.

WAJAH BERPARUT?...AMALKAN KULIT KAYU MANIS

Tumbuk sedikit kulit kayu manis ( sedikit sahaja yer ) sehingga hancur. Campurkannya dengan sedikit air dan bedak sejuk. Usah terlalu pekat atau terlalu cair....heehh biar sedang2 sahaja.
Sapukan bancuhan ini ke kulit wajah terutama pada bahagian yang berparut.
lakukan seberapa kerap anda mahu. InsyaAllah lama kelamaan parut tersebut akan pudar. Selain itu, ia juga mampu menghilangkan bintik2 hitam dan juga jerawat.

TIADA LAGI MASALAH RAMBUT GUGUR

Rendamlah kacang hijau semalaman. Setelah itu,tapis airnya untuk disapu ke seluruh kulit kepala. Picit dan urut perlahan-lahan sewaktu meratakan airini ke kulit kepala.
Amalkan selalu yer baru nampak kesannya.

4 ulasan: