Ahad, 10 April 2011

INFO! INFO! INFO!...:)


" Wanita adalah Tiang Negara, jika baik wanita suatu negara maka baiklah negaranya, dan jika rosak mereka maka ankan hancur pulalah negaranya,"

Saya suka nk berkongsi info menarik mengenai kaum hawa...meh baca selanjutnya..hihihi.. Di atas tadi merupakan petikan daripada sabda Rasulullah S.A.W.

Oleh itu, bagaimana menjadi tiang yang baik wajai kaum hawa?....contohilah Rabiatul Adawiyah, seorang wanita sufi perindu cinta Allah. Mari kita teliti bersama ucapan Rabi'ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah. Berikut merupakan ucapan doa beliau selama 30 tahun.

  1. "Ya allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pedinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau."
  2. "Tuhanku,bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu."
  3. "Tuhanku, tiada kudengar suara binatang yang mengaum. tiada desiran air yang mengalir, tiada suilan burung yang menyanyi,taida nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keesaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu."
  4. "Sekalian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik mahsyuknya. Yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan dihadapan-Mu."
  5. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.
  6. "Tuhanku, Engkay akan mendekatkan orang yang dekatdi dalam kesunyian kepada keagungan-Mu."
  7. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-mu dengan takdir sebab Engkaulah Thujan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.
  8. "Wahai Tuhanku, malam yang akan pergi dan sinag pula akan mengganti. Wahai malangnya diri. Apakah Engkau akan menerima amlamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah?."
  9. "Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku tetap tidak akan bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu."
  10. "Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apapun."
  11. "Ya Tuhanku, tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu."

2 ulasan: