Sabtu, 9 April 2011

Makanan banteras penyakit....

Beri biru untuk kesihatan tulang
1/2 cawan beri biru segar= 4mg sodium, 65mg potasium, 7mg fosforus

Beri biru sangat tinggi dgn kandungan 'anthocyanidins', sejenis antioksidan yg baik untuk mengurangkan risiko alahan. Juga kaya dengan vit C, serat, dan 'manganese' yg baik untuk kesihatan tulang di mana khasiatnya melambatkan kehilangan jisim tulang anda.

Pelbagai khasiat epal
1bj epal(saiz sederhana)dgn kulit= 0 sodium,158mg potasium, 10mg fosforus

Epal mengandungi khasiat antiflamasi dan tggi serat mjadikannya sangat sesuai untuk melancarkan penghadaman. Selain itu, sebiji epal sehari membantu mengurangkan kolestrol berlebihan dalam darah, melindungi jantung serta mengurangkan risiko pertumbuhan sel kanser. Sesuai dimakan begitu sahaja, dibuat jus, salad, dibakar atau dijadikan manisan.

Bawang merah meningkatkan metabolisme
1/2 cawan bwg merah = 3mg sodium,116mg potasium, 3mg fosforus

Bawang kaya dengan kandungan flavanoid terutamanya 'quercetin',iaitu sejenis antioksidan yg bertindak mengurangkan risiko serangan jantung dan sel kanser.Kandungan potasiumnya yg rendah serta kandungnan 'chronium' yg tggi membantu meningkatkan kadar metabolisme.

Kubis bunga bantu hati meneutralkan toksik
1/2 cawan kubis bunga(direbus) = 9mg sodium,88mg potasium,20mg fosforus

Kubis bunga merupakan sumber terbaik folat dan serat malah tinggi kandungan vit C. Ia juga padat dgn kandungan indoles, glucosinolates dan thiocynates sejenis bahan kimia semulajadi yg membantu meneautralkan kandungan toksik yg boleh merosakkan sel membran dan DNA. Paling sesuai direbus bsma sdkt serbuk kari, lada atau herba.
Lada Benggala untuk buah pinggang
1/2 cawan lada benggala = 1mg sodium,88mg potasium,10mg fosforus

Lada benggala mpunyai rasa tersndiri dan rendah kandungan potasium. Lada benggala yg berwarna merah kaya dgn vit C, A, B6, asid folik dan serat.ia mampu menyihatkan buah pinggang anda. Selain itu, kandugan likopen, sejenis antioksidannya jg baik dlm mbantu mcegah kanser. Bg mendptkan manfaat nutrisinya,ia sesuai d makan mentah atau dgn pencicah atau dibuat bersama isi tuna atau ayam. Boleh jg mencuba letakkan lada benggala ini sbg penambah perisa di dalam hidangan sandwic atau sayuran.


1 ulasan: