Rabu, 27 April 2011

SEKILAS CANTIK ...PArt II

Minta maaf yer.kengkawan sbb lame sangat nk update untuk part II punyer..huhu..oleh kerana masa x mengizinkan untuk saya sekarang ni..nk update entry blog saya setiap hari..huhu.
Tapi lambat atau cepat saya tetap juga menunaikan janji..kan..kan..
Selamat mempraktikan lah yer..CHOW CHIN CHOW!
SEBELUM TIDUR...jgn lupa pakai pelembab. tp make sure pelembab korang tu mengandungi AHA (ALPHA HIDROXY ACID)..serta enzim 'Super Superoxide Dismutase'. Pelembap ini berfungsi untuk melindungi kulit dari 'dehidrasi' sekaligus menghaluskannya.

SEBELUM GINCU DIOLES PADA BIBIR ANDA,pastikan anda menyapu pelembap bibir untuk mengelak bibir dari kering yer.


JANGAN SESEKALI...memadankan warna solekan dengan warna baju. Pilihlah warna solekan yang bersesuaian dengan warna kulit anda. Tetapi warna2 natural seperti nude adalah warna yang paling selamat untuk semua kulit. Mcm artis2 kita kat dlm pic ni..naturalkan..;)


JIKA KULIT WAJAH ANDA ..dari jenis yang berminyak, elak menggunakan alat solek berasaskan minyak atau krim. Pilih alat solek dari jenis 'water base foundation' yang dibalas dengan 'pressed powder' dan bedak debu.


BIBIR...akan kelihatan lebih padat dan seksi jika pengaris bibir digunakan bagi melukis bentuk bibir.


SOLEKAN MATA...x akan lengkap tanpa maskara. Bagi mendapatkan lentikan bulu mata yang seksi, anda dinasihatkan menggunakan'eye curler'terlebih dahulu.

Sabtu, 23 April 2011

PERMATA HATIKU...MY BABY



Huhu..inilah kesibukanku sejak haru Jumaat lalu...huh risau dengan keadaan my baby so, aku ambik half day...Risau sanggat coz baby dah x makan sehari semalamdan asyik muntah2
huhuhu....sampai rumah hujan lebat plak...terpaksa tunda ke hari esok untuk
merujuk kepada Dr. Haiwan...huhu sabar ye sayang.

Tidurlah baby...semoga cepat sembuh..dapat kita bermain kejar2 lgi, tolong mami cari DVD,kita tgk cerita P.Ramlee..huhuu...


Huhuhu...cian baby mami ni...x senang duduk untuk mementau keadaan baby.



Perut x selesa yer sayang?...huhu nanti mami bawa jumpa DR ok.

Selasa, 19 April 2011

SEKILAS CANTIK...Part 1

SEBELUM MEMILIH PEMBAYANG MATA, oleskan ia ke bahagian belakang telapak tangan kanan. Ini kerana warna kulit di sekitar bahagian tersebut adalah paling hampir dengan warna kulit di kelopak bahagian mata.



PASTIKAN para blogers wanita yg membaca entry ku ini menggunakan pembayang mata warna dasar yang lembut seperti warna krim. Mainan warna-warna gelap dan garang pula lebih sesuai dilakukan di bahagian atas kelopak mata.



CELAK ATAU PENSIL MATA juga penting untuk membentuk mata yang lebih bulat dan galak. Selain hitam, mata akan kelihatan lebih 'daring' dengan warna garang dan klasik seperti coklat dan jingga.



JIKA WAJAH anda kelihatan berminyak selepas bersolek, ini bermakna bedak asas yang anda pilih tidak bersesuaian dengan kulit wajah anda.




BAGI MEREKA yang berkulit gelap atau sawo matang, hati-hati bermain dengan warna pembayang pipi dan mata. Bagi mewujudkan refleksi cerah pada wajah, bermainlah dengan warna jingga.

APABILA...mencalitkan bedak asas pada wajah, pastikan anda menggunakan asas yang lebih cerah tonanya di seluruh Zon-T.



PASTIKAN.. para pembaca entry ku ini amalkan rutin menyegar dan melembap sebelum proses solekan dimulakan. Sebaiknya pelembap diratakan ke seluruh wajah 20minit sebelum solekan dimulakan.

Isnin, 18 April 2011

DOKTOR OH! DOKTOR...


kISAH INI TIADA KENA MENGENA SAMA ADA YG MASIH HIDUP ATAUPUN ORG YG TELAH TIADA...SEKADAR UNTUK PENAWAR DUKA, PEMBUKA MATA..HIKHIKHIK.

Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung.
Upacara pengkebumian pun berjalan lancar.

Satu bulan kemudia, seorang lagi doktor pakar mata pula meninggal dunia, ahli keluarganyasepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumian beliau juga berjalan dengan lancar.. Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang sahaja yang masihmerenung sendirian di pinggir kubur doktor yang baru dikebumikan itu. Salahs eorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampiri.

"Sudahlah, yang pergi biarkanlah pergi, kita yang hidup ni kena teruskan perjalanan,"kata doktor itu.
"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan padamu,?kata lelaki itu.
"mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu," jawab doktor tadi.
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti," kata lelaki itu.
"mengapa pula?," tanya doktor itu
"Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin," jawab lelaki itu susul.

***

HikHikhik..hadoiii..sape yg tekun membaca tu sila angkat tangan..hihihi..


Aku single?!!!...

Ini pic untuk cuci2 mata jer ek...


Hahaha..ini statement gempaq ke aper ni?...hahha..x adalah u'all...sesajer ni..just nk conteng2 sambil lalu...masa x cukup nk letak entry baru...hikhikhik...tp ape pun kepada semua tq yer coz follow..n i'll follow u all too..CHEERS!!!!..mHUAHss..!!!


Khamis, 14 April 2011

PETUA2 KECANTIKAN...AYUH BACA!






Selalu dulu-dulu zaman muda belia..cehhh macamdah tua sangatkan..hikhikhik...Mak saya selalu pesan jagn suka bertukar alat kosmetik dan jgn terlalu taksub dgn semua kosmetik2 tu bukan betulpun...banyak bahan kimia jer. Hurm...yerlah zaman kita kan semua nk cepat jadi nk mudah dan pantas beli yg dah siap diproses jer lah kan huhuhu..Mmg betul dan ada kebenaran cakap2 mak saya tu...cuma sikap M.A.L.A.S jer yg kuat bermaharajalela...huhu tp bila usia da semakin matang ni terfikir cakap mak tu...kulit mak tetap licin, putih, bersih dan gebu walau pun x pakai kosmetik macam2 kat pasaran tu... So meh kita terjah petua nenek moyang kita.



AYUH LICINKAN KULIT MUKA

Petua ini sering dilakukan oleh wannita India dan khasiatnya sudah terbukti.
Bukalah kabinet dapur dan ambilah kira2 1sm kunyit hidup.
Setelah dihancurkan, campurkan kunyit hidup itu tadi dgn setengah sudu asam jawa dan sedikit bedak sejuk.
Sebatikan campuran tersebut dan sapukan ke seluruh wajah dgn rata. Biarkan kering da lakukan setiap hari sebelum masuk tidur.
(p/s: alaskan bantal dengan kain sarung atau ape2 kainlah takut sarung bantal jadi kuning...berdasarkan pengalaman lah ni.)
MARI HALUSKAN KULIT WAJAH

Caranya mudah saja....dapatkan sedikit asam jawa. Larutkan bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan yang pekat. Setelah sebati, pupurkan bancuhan ini pada wajah. Biarkan kering dalam 15 minit, kemudian bilas.
Selamat mencuba ya para bloggers!.

MASALAH KEDUTAN?...

Buka peti sejuk dan dapatkan sebatang lobak merah segar. Selepas dibersihkan,parutkan lobak merah tersebut dan campurkan dgn sesudu tepung jagung dgn sebiji kuning telur. Selepas bancuhan tersebut sekata, ratakan pula pada wajah. Nak dapat hasil yang pantas dan cepat, amalkan selalu.

WAJAH BERPARUT?...AMALKAN KULIT KAYU MANIS

Tumbuk sedikit kulit kayu manis ( sedikit sahaja yer ) sehingga hancur. Campurkannya dengan sedikit air dan bedak sejuk. Usah terlalu pekat atau terlalu cair....heehh biar sedang2 sahaja.
Sapukan bancuhan ini ke kulit wajah terutama pada bahagian yang berparut.
lakukan seberapa kerap anda mahu. InsyaAllah lama kelamaan parut tersebut akan pudar. Selain itu, ia juga mampu menghilangkan bintik2 hitam dan juga jerawat.

TIADA LAGI MASALAH RAMBUT GUGUR

Rendamlah kacang hijau semalaman. Setelah itu,tapis airnya untuk disapu ke seluruh kulit kepala. Picit dan urut perlahan-lahan sewaktu meratakan airini ke kulit kepala.
Amalkan selalu yer baru nampak kesannya.

Rabu, 13 April 2011

Teh Krisantemum....sedap ni..meh Layan!


Hah inilah rupa bunga krisantemum..hehhe selalunya kita nampak yg colour kuning jer kan..hehe..para teman2 bloger tau tak khasiat bunga ni?..ok..meh kita baca same2 ok..

Khasiat bunga ini untuk kesihatan:
  1. Redakan selesema dan sinus = Minum secawan teh krisantemum panas sat anda dilanda selesema dan sakit tekak merupakan satu nikmat yang paling melegakan. Aromanya yg segar memberikan anda keselesaan. Hal ini adalah kesan daripada kandungan vitamin C di dalamnya dan ciri anti-virus semulajadi yg dimiliki oleh bunga krisantemum itu.
  2. Rendah kafein!!! = Teh bunga ni menduduki carta paling bawah dalam nilai kafein berbanding dgn teh yg lain. Justeru, kita tidak terdedah kepada kesan kekurangan kafein seperti keresahan dan sukar untuk fokus..heheh.
  3. Nikmat sebagai penyejuk badan :)= Jgn x tahu, teh ini juga mampu bertindak sebagai penyejuk badan dgn membantu menurunkan suhu panas dalam badan. Selain itu, ia juga baik dalam mengurangkan pertumbuhan jerawat..hah ini sudah bagus kan..heheh. Selain itu juga membantu meredakan pening kepala ringan dan melegakan rasa gigi berdenyut yang dicetuskan akibat demam.
  4. Detoksifikasi menjadi mudah + ahah! ini yg nk dengar ni kan..lancar jer...hehe sesaper yg berangan nk turunkan berat badan tu apa lg amalkanlah minum teh krisantemum ni. Teh ini membantu menyingkirkan toksin dan kolestrol berlebihan dalam tubuh. Minumlah 2 cawan teh krisantemum segar kerana ia baik kepada individu yg ingin mengurangkan risiko penyakit berkaitan kardiovaskular.
  5. Baik untuk otak..yeahh!!= Ya, ia membantu fungsi otak khususnya untuk menajamkan deria menjadikan seseorang itu lebih fokus. Selain itu, ia membantu menstimulasikan rasa tenang dalam tubuh.

Hah...apa lagi cepat2 p beli teh krisantemum ni..hehe...pilih yg kurang manis yer...cheers!