Isnin, 18 April 2011

Aku single?!!!...

Ini pic untuk cuci2 mata jer ek...


Hahaha..ini statement gempaq ke aper ni?...hahha..x adalah u'all...sesajer ni..just nk conteng2 sambil lalu...masa x cukup nk letak entry baru...hikhikhik...tp ape pun kepada semua tq yer coz follow..n i'll follow u all too..CHEERS!!!!..mHUAHss..!!!


Khamis, 14 April 2011

PETUA2 KECANTIKAN...AYUH BACA!






Selalu dulu-dulu zaman muda belia..cehhh macamdah tua sangatkan..hikhikhik...Mak saya selalu pesan jagn suka bertukar alat kosmetik dan jgn terlalu taksub dgn semua kosmetik2 tu bukan betulpun...banyak bahan kimia jer. Hurm...yerlah zaman kita kan semua nk cepat jadi nk mudah dan pantas beli yg dah siap diproses jer lah kan huhuhu..Mmg betul dan ada kebenaran cakap2 mak saya tu...cuma sikap M.A.L.A.S jer yg kuat bermaharajalela...huhu tp bila usia da semakin matang ni terfikir cakap mak tu...kulit mak tetap licin, putih, bersih dan gebu walau pun x pakai kosmetik macam2 kat pasaran tu... So meh kita terjah petua nenek moyang kita.



AYUH LICINKAN KULIT MUKA

Petua ini sering dilakukan oleh wannita India dan khasiatnya sudah terbukti.
Bukalah kabinet dapur dan ambilah kira2 1sm kunyit hidup.
Setelah dihancurkan, campurkan kunyit hidup itu tadi dgn setengah sudu asam jawa dan sedikit bedak sejuk.
Sebatikan campuran tersebut dan sapukan ke seluruh wajah dgn rata. Biarkan kering da lakukan setiap hari sebelum masuk tidur.
(p/s: alaskan bantal dengan kain sarung atau ape2 kainlah takut sarung bantal jadi kuning...berdasarkan pengalaman lah ni.)
MARI HALUSKAN KULIT WAJAH

Caranya mudah saja....dapatkan sedikit asam jawa. Larutkan bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan yang pekat. Setelah sebati, pupurkan bancuhan ini pada wajah. Biarkan kering dalam 15 minit, kemudian bilas.
Selamat mencuba ya para bloggers!.

MASALAH KEDUTAN?...

Buka peti sejuk dan dapatkan sebatang lobak merah segar. Selepas dibersihkan,parutkan lobak merah tersebut dan campurkan dgn sesudu tepung jagung dgn sebiji kuning telur. Selepas bancuhan tersebut sekata, ratakan pula pada wajah. Nak dapat hasil yang pantas dan cepat, amalkan selalu.

WAJAH BERPARUT?...AMALKAN KULIT KAYU MANIS

Tumbuk sedikit kulit kayu manis ( sedikit sahaja yer ) sehingga hancur. Campurkannya dengan sedikit air dan bedak sejuk. Usah terlalu pekat atau terlalu cair....heehh biar sedang2 sahaja.
Sapukan bancuhan ini ke kulit wajah terutama pada bahagian yang berparut.
lakukan seberapa kerap anda mahu. InsyaAllah lama kelamaan parut tersebut akan pudar. Selain itu, ia juga mampu menghilangkan bintik2 hitam dan juga jerawat.

TIADA LAGI MASALAH RAMBUT GUGUR

Rendamlah kacang hijau semalaman. Setelah itu,tapis airnya untuk disapu ke seluruh kulit kepala. Picit dan urut perlahan-lahan sewaktu meratakan airini ke kulit kepala.
Amalkan selalu yer baru nampak kesannya.

Rabu, 13 April 2011

Teh Krisantemum....sedap ni..meh Layan!


Hah inilah rupa bunga krisantemum..hehhe selalunya kita nampak yg colour kuning jer kan..hehe..para teman2 bloger tau tak khasiat bunga ni?..ok..meh kita baca same2 ok..

Khasiat bunga ini untuk kesihatan:
  1. Redakan selesema dan sinus = Minum secawan teh krisantemum panas sat anda dilanda selesema dan sakit tekak merupakan satu nikmat yang paling melegakan. Aromanya yg segar memberikan anda keselesaan. Hal ini adalah kesan daripada kandungan vitamin C di dalamnya dan ciri anti-virus semulajadi yg dimiliki oleh bunga krisantemum itu.
  2. Rendah kafein!!! = Teh bunga ni menduduki carta paling bawah dalam nilai kafein berbanding dgn teh yg lain. Justeru, kita tidak terdedah kepada kesan kekurangan kafein seperti keresahan dan sukar untuk fokus..heheh.
  3. Nikmat sebagai penyejuk badan :)= Jgn x tahu, teh ini juga mampu bertindak sebagai penyejuk badan dgn membantu menurunkan suhu panas dalam badan. Selain itu, ia juga baik dalam mengurangkan pertumbuhan jerawat..hah ini sudah bagus kan..heheh. Selain itu juga membantu meredakan pening kepala ringan dan melegakan rasa gigi berdenyut yang dicetuskan akibat demam.
  4. Detoksifikasi menjadi mudah + ahah! ini yg nk dengar ni kan..lancar jer...hehe sesaper yg berangan nk turunkan berat badan tu apa lg amalkanlah minum teh krisantemum ni. Teh ini membantu menyingkirkan toksin dan kolestrol berlebihan dalam tubuh. Minumlah 2 cawan teh krisantemum segar kerana ia baik kepada individu yg ingin mengurangkan risiko penyakit berkaitan kardiovaskular.
  5. Baik untuk otak..yeahh!!= Ya, ia membantu fungsi otak khususnya untuk menajamkan deria menjadikan seseorang itu lebih fokus. Selain itu, ia membantu menstimulasikan rasa tenang dalam tubuh.

Hah...apa lagi cepat2 p beli teh krisantemum ni..hehe...pilih yg kurang manis yer...cheers!

Selasa, 12 April 2011

Aku BuHsAn..WooOO



Bila Aku BuhsaNN...
huh..hati ke lain,
otak ke lain...
tangan ke lain.
hahahha!

KENAPA HARI INI??...!!

Hurmm..pepagi jer mood dah ke laut..
kenapa dengan hari ini?...
geramMMM...sakit haTiiiii...
GrrrRRR

Hari aku terasa mendung hari ini...
kenapa dengan hari ini?..sedangkan langit cerah hari ini...kenapa?

Awat aku rasa sedih hari ini?..huhuhhu..
kenapa dengan hari ini?..adesss.

Bila aku boleh dapat mcm ni?..tinggal tanda soal.

Isnin, 11 April 2011

Conteng2 Jer..:)

Kalo dapat landing mcm kucing ni best juga kan..:)

Adesss....buhsan ke tensen ni?..hikhikhik


Mood aku hari ni..hikhikhik..No feeling sbbnya..lmbt datang kerja lagi..bukan snegaja pun tapi kalo dah mmg 'terlambat' keranma sesak dan dek menunggu 'tuan supir' yang tak kunjung tiba pun..bukannya tetap..tp bersilih ganti kan..
( jgn salah sangka..bukan PLAYGIRL..tp dek kerana naik bas kan )

HUhh..huhu..org kata x baik megeluh tapi nk wat macam aman realitikan.
Jadin pepagi tu ting tong sikit..hahaha..
belasah nasi lemak gan minum air kosong jer.
Pepagi juga seperti biasalah akan membuka semua emel2, akaun2 sosial.hihi..

Then...paling best dan membangkitkan mood aku semula bila aku buka blog then jalan2 kat blog2 lain aku terjumpa ramai bloggers yang muat turun pelbagai resepi dan hasil daya
kreativiti memasak diorang kat blog.
Nyum...nYum..hehhe...

Sebenarnya aku bukanlah kaki makan tapi kalo bab masak-memasak ni aku MMG SUKA!
hahahaa...
Oleh kerana itu, dalam kepala otak aku sekarang tgh plan nk buat apa kat rumah lepas balik kerja nanti hahahahah..entah menjadi entah tidak..adessss..


Anyway..aku sukkaaaaaa blog2 diorang pasal makanan ni..hihi..
mmg aku akan rajin follow selepas ini..
Yerlah x lama lagi bulan puasa..pas tu nk raya plak kan..hehe..yiipiiii!!!

Saya tamatkan di sini dululah celoteh saya yg ntah ape2 pagi ni yer..
sesajer nk conteng2 blog..hikhikhik..

AS salam!.

Ahad, 10 April 2011

INFO! INFO! INFO!...:)


" Wanita adalah Tiang Negara, jika baik wanita suatu negara maka baiklah negaranya, dan jika rosak mereka maka ankan hancur pulalah negaranya,"

Saya suka nk berkongsi info menarik mengenai kaum hawa...meh baca selanjutnya..hihihi.. Di atas tadi merupakan petikan daripada sabda Rasulullah S.A.W.

Oleh itu, bagaimana menjadi tiang yang baik wajai kaum hawa?....contohilah Rabiatul Adawiyah, seorang wanita sufi perindu cinta Allah. Mari kita teliti bersama ucapan Rabi'ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah. Berikut merupakan ucapan doa beliau selama 30 tahun.

  1. "Ya allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pedinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau."
  2. "Tuhanku,bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu."
  3. "Tuhanku, tiada kudengar suara binatang yang mengaum. tiada desiran air yang mengalir, tiada suilan burung yang menyanyi,taida nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keesaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu."
  4. "Sekalian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik mahsyuknya. Yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan dihadapan-Mu."
  5. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.
  6. "Tuhanku, Engkay akan mendekatkan orang yang dekatdi dalam kesunyian kepada keagungan-Mu."
  7. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-mu dengan takdir sebab Engkaulah Thujan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.
  8. "Wahai Tuhanku, malam yang akan pergi dan sinag pula akan mengganti. Wahai malangnya diri. Apakah Engkau akan menerima amlamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah?."
  9. "Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku tetap tidak akan bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu."
  10. "Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apapun."
  11. "Ya Tuhanku, tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu."