Sabtu, 9 April 2011

Ada apa dengan manggis??...


Bunyi macam klise sangat kan..heheh...tp itulah kalau durian dikategorikan sebagai Raja Buah, manggis pula sebagai Ratunya..hikhikhik..sesuai tak?...

Manggis ni sebenarnya amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam dan bijinya. Secara trdisional, kulit manggis dilumat-lumat dan digunakan untuk merawat pnyakit seperti malaria, tibi, cirit-birit, dan disentri.

Nak Tau?..ok meh sy nk kongsi.

Di Thailand, buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu dan sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit. Khasiat 'xanthone' iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai masalah seperti alahan, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti ekzema, gatal-gatal, psoriasis, 'seborrhea', jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolestrol, keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yng bengkak dan banyak lagi.

Hurm..banyakkan khasiat buah manggis ni.hikhikhik...sekarang pun kita dah boleh melihat kebanjiran produk2 yg menggunakan buah manggis kan....jadi untuk lebih mendapat khasiat maksimum makan terus je buah ni..tp bahaya untuk pengidap kncing manis...:)

Rambut Mahkota Wanita...

Apakah makanan yg baik untuk rambut?...hurm...sy pun sering membelek majalah, search kat google. etc lah...semata-mata kerana nk mengekalkan kecantikan asli mahkota ini..hehhhe...
so kerana itu saya juga ingin berkongsi kepada blogger semua.

  • Mngamalkan pemakanan sayur-sayuran segar seperti ulam-ulaman dan buah-buahan.
  • Memakan rumpai laut ( seaweed).
  • Makanan bijirin seperti oat atau beras perang dan termasuk juga bijirin-bijirin daripada tumbuh-tumbuhan.
  • memakan ikan yang berminyak seperti ikan salmon, tuna, tenggiri, dan juga sardin.
  • Mengamalkan memakan vitamin dan garam galian seperti semua vitamin B, asid 'gamma-lonolenic' ( GLA), minyak ikan, minyak biji rami (linseed oil), selenium, zink,zat besi dan juga antioksidan yang mengandungi beta-keratin seperti vitamin C dan E.
  • Elakkan dari minum minuman dan makanan yang beralkohol, minuman berkafein dan bergas. Makanan yg telah diproses, lemak pejal seperti mentega serta garam dan gula juga harus dielakkan.
Maka dengan perkongsian pintar ini pembaca sekalian dapat memanfaatkan info ini. x rugi kita mencuba untuk kecantikan dan kesihatan diri. Cubalah!!!..hehehe.



Makanan banteras penyakit....

Beri biru untuk kesihatan tulang
1/2 cawan beri biru segar= 4mg sodium, 65mg potasium, 7mg fosforus

Beri biru sangat tinggi dgn kandungan 'anthocyanidins', sejenis antioksidan yg baik untuk mengurangkan risiko alahan. Juga kaya dengan vit C, serat, dan 'manganese' yg baik untuk kesihatan tulang di mana khasiatnya melambatkan kehilangan jisim tulang anda.

Pelbagai khasiat epal
1bj epal(saiz sederhana)dgn kulit= 0 sodium,158mg potasium, 10mg fosforus

Epal mengandungi khasiat antiflamasi dan tggi serat mjadikannya sangat sesuai untuk melancarkan penghadaman. Selain itu, sebiji epal sehari membantu mengurangkan kolestrol berlebihan dalam darah, melindungi jantung serta mengurangkan risiko pertumbuhan sel kanser. Sesuai dimakan begitu sahaja, dibuat jus, salad, dibakar atau dijadikan manisan.

Bawang merah meningkatkan metabolisme
1/2 cawan bwg merah = 3mg sodium,116mg potasium, 3mg fosforus

Bawang kaya dengan kandungan flavanoid terutamanya 'quercetin',iaitu sejenis antioksidan yg bertindak mengurangkan risiko serangan jantung dan sel kanser.Kandungan potasiumnya yg rendah serta kandungnan 'chronium' yg tggi membantu meningkatkan kadar metabolisme.

Kubis bunga bantu hati meneutralkan toksik
1/2 cawan kubis bunga(direbus) = 9mg sodium,88mg potasium,20mg fosforus

Kubis bunga merupakan sumber terbaik folat dan serat malah tinggi kandungan vit C. Ia juga padat dgn kandungan indoles, glucosinolates dan thiocynates sejenis bahan kimia semulajadi yg membantu meneautralkan kandungan toksik yg boleh merosakkan sel membran dan DNA. Paling sesuai direbus bsma sdkt serbuk kari, lada atau herba.
Lada Benggala untuk buah pinggang
1/2 cawan lada benggala = 1mg sodium,88mg potasium,10mg fosforus

Lada benggala mpunyai rasa tersndiri dan rendah kandungan potasium. Lada benggala yg berwarna merah kaya dgn vit C, A, B6, asid folik dan serat.ia mampu menyihatkan buah pinggang anda. Selain itu, kandugan likopen, sejenis antioksidannya jg baik dlm mbantu mcegah kanser. Bg mendptkan manfaat nutrisinya,ia sesuai d makan mentah atau dgn pencicah atau dibuat bersama isi tuna atau ayam. Boleh jg mencuba letakkan lada benggala ini sbg penambah perisa di dalam hidangan sandwic atau sayuran.


Ahad, 3 April 2011

Hayati lirik ini..layann

SEDETIK LEBIH - Anuar Zain


Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh...

Sabtu, 2 April 2011

BILA AKU MELARAM

Hurmm...bila melukis wajah meniru warna2 dlm majalah..hahaha
Aku tengah menghayati..ntah apa2.



Strawberi si buah cinta...

Cantik dgn strawberi..;)

Kepada semua kaum wanita di luar sana, tidak kira d mana jua anda berada..heh chewah...terutama bakal pengantin ( mcm aku )hikhikhik...erm amalkanlah memakan buah cinta ini.
Buah strawberi ni akan membangkitkan seri wajah d hari bersejarah itu, malah akan kekal kalo kita terus menjadikannya sebagai menu harian kita.
Buah strawberi ini juga dikenali sebagai buah cinta, selain kerana memiliki warna merah sensual hehe... tetapi bentuknya yag unik. Rasanya ramai yg dah tahu khasiat2 yang terkandung di dalambuah ini kan.;)
Strawberi yang dimakan secara teratur dapat menghaluskan kulit dan memuluskan kulit kita....jgn takut kepada rasa masamnya..kerana ada juga yg manis...tp biasanya rasa masamitu akan hilang bila ia dicelupkan ke dalam cokelat..hurmm..nyum2.
Kandungan vitamin C, B1, B2, E dan provitamin A yg terkandung di dlm strawberi ini berkuasa dlmmenganjalkan dan membuat kulit bebas kedutan sehingga mencegah penuaan pd kulit....kira boleh awet muda lah ni maksudnya.
Strawberi yg mengandung asam salisilat ini juga sangat baik untuk kulit. Selain itu antioksidannya pula dapat membantu memperbaiki kerosakan kulit akibat faktor persekitaran yg tidak baik. Asam ini juga dapat mengecilkan pori-pori dan mencerahkan kulit kita.
Hah! ni nk bg tahu ni,strawberi juga dapat mencantikkan gigi. Bagaimana? ...hehe hanya dengan menggosokkan strawberi yg telah dihancurkan pd gigi... apa2 pun SELAMAT MENCUBA!...