Sabtu, 2 April 2011

Strawberi si buah cinta...

Cantik dgn strawberi..;)

Kepada semua kaum wanita di luar sana, tidak kira d mana jua anda berada..heh chewah...terutama bakal pengantin ( mcm aku )hikhikhik...erm amalkanlah memakan buah cinta ini.
Buah strawberi ni akan membangkitkan seri wajah d hari bersejarah itu, malah akan kekal kalo kita terus menjadikannya sebagai menu harian kita.
Buah strawberi ini juga dikenali sebagai buah cinta, selain kerana memiliki warna merah sensual hehe... tetapi bentuknya yag unik. Rasanya ramai yg dah tahu khasiat2 yang terkandung di dalambuah ini kan.;)
Strawberi yang dimakan secara teratur dapat menghaluskan kulit dan memuluskan kulit kita....jgn takut kepada rasa masamnya..kerana ada juga yg manis...tp biasanya rasa masamitu akan hilang bila ia dicelupkan ke dalam cokelat..hurmm..nyum2.
Kandungan vitamin C, B1, B2, E dan provitamin A yg terkandung di dlm strawberi ini berkuasa dlmmenganjalkan dan membuat kulit bebas kedutan sehingga mencegah penuaan pd kulit....kira boleh awet muda lah ni maksudnya.
Strawberi yg mengandung asam salisilat ini juga sangat baik untuk kulit. Selain itu antioksidannya pula dapat membantu memperbaiki kerosakan kulit akibat faktor persekitaran yg tidak baik. Asam ini juga dapat mengecilkan pori-pori dan mencerahkan kulit kita.
Hah! ni nk bg tahu ni,strawberi juga dapat mencantikkan gigi. Bagaimana? ...hehe hanya dengan menggosokkan strawberi yg telah dihancurkan pd gigi... apa2 pun SELAMAT MENCUBA!...

Khamis, 24 Mac 2011

Ingin Mengurangkan Tekanan?...meh baca..:)


Anda tertekan?....hurm...semua org pasti pernah merasai tekanan..jadi salah satu tips d sini ialah TERAPI MUZIK..hurm..benarkah muzik itu boleh membantu meredakan tekanan emosi semasa?
tp belum cuba belum cuba belum tahukan..so check it out!!

Sebenarnya muzik bukan sahaja menghilangkan tekanan tetapi mampu mengembalikan tenaga anda. Sila cua tips d bawah ni k.

* Kurangkan tekanan
Lakukan selama 20minit dgn mendgar muzik kesukaan anda. Berbaringlah dalam keadaan selesa d lantai, sofa,katil...erm mane2lah. Apabila m'gunakn fon telinga, pastikan anda fokus dan elakkan gangguan.

* Pilihan Muzik
Pilihlah muzik yg mempunyai irama perlahan drpa denyutan jantung.

* Tumpuan pada muzik
Ketika memutarkan lagu,pastikan tekanan anda berlalu pergi. Tumpukan perhatian, tarik nafas dalam2, perlahan dan teratur.

* Bila hadapi tekanan
Carilah muzik yg popular. so lagu yg top2 ni buat kita terbuai sama..heheh..

* Berjalan-jalan
Cubalah berjalan-jalan sambil mendengar muzik kegemaran. Kombinasi antara berjalan cepat, imaginasi dan muzik adalah penghilang stress yg sangat baik.

* Berimaginasi
Ketika mendengar muzik kegemaran cubalah berimaginasi...ehem2 bayangkn anda berada d tepi pantai ke, kat pulau ke..kehkehkeh..yg penting tempat yg aman damai...angan2 atau berimaginasi x salah kan.:)



Sabtu, 12 Mac 2011

PenaWaR SenggUguT

Kenapa aku memilih tajuk ini untuk dikongsikan...hurm..sebab aku juga sering mengalami perkara ini sejak dari azalilah..hehe..so aku suka berkongsi bersama teman d luar sana. Hurmm aku penah mengalami senggugut yg kronik samapi dah kena hantar kat hospital kena jarum tang punggung..auchhhh....hurmm. SElain itu aku mc org preggy pun ada haha sering gak aku kena perut kejang, sakit kepala, mual2 ( ala-ala simpton preggy kan), cirit-birit dan muntah2 ( lagi satu mcm org preggY)..hahha do ape tggu lgi,Ayuh baca !...

1) Pola pemakanan seimbang
Makanan yg dicadangkan seperti:
- Kekacang, badam, sayur-sayuran hijau seperti bayam dang kang kung.
- Makanan berprotein tggi seperti daging merah
- Minyak goreng berkhasiat seperti minyak zaitun atau minyak sayur.
- Amalan minum enam hingga lapan gelas air sehari dan susu soya bg meringgankan rasa sakit.
( Elakkan Kafein, alkohol atau tembakau)
- Elak makanan proses dan sejuk beku seperti biskut, kudapan, kentang goreng, gegelang bawang, donat dan marjerin.

2) Bersenam
Senaman dapat mengurangkan sakit senggugut. Selain itu,kita juga boleh bermeditasi dengnan melakukan tai chi ( siapa yg reti tu lah ek ) mahupun berolahraga sekurang-kurangnya 30minit sehari,lima hari seminggu.

3) Rawatan Fizikal
Amalan menyapu minyak urut/ minyak panas atau menuam perut dgn botol berisi air panas yg berbalut kain pun dapat membantu untukmeringan kan rasa sakit senggugut ( cuberlah). Saudari juga boleh bertungku dgn bantal pemanas atau sekarang ni kan banyk jual tungku2 org bersalin tu..beli jer x mahal. untuk hasil terbaik, gunakan tiga hari berturut-turut dalam 1mgu itu. ( kalo yg jenis tersumbat tu mmg akan kuar darah berketul2 ).

4) Rawatan alternatif
boleh lah try homeopati.Rwatan ini lebih kepada rawata holistik iaitu memberi tumpuan yg lebih kepadapesakit berbanding penyakitnya. Penawar homeopati yang dikatakan mampu mengurangkan senggugut adalah seperti sepia iaitu cairan dakwat yg terdapat pada sotong.

5) Kaedah tradisional
-Sediakan teh pahit tanpa gula.Minum segelas teh sewaktu sakit senggugut memuncak.
- Buah petola. Masak petola mengikut manu kesukaan anda dan makan selama seminggu sebelum datang haid. ( aku kena cuba sendiri ni)
- Pucuk daun betik. Batu tungku yg telah dipanaskan dibalut dgn pucuk daun btik dan kain, lalu diletakkan di atas perut.
- Halia. Lima cawan air direbus brsama 20gm halia 10gm kayu pati, 10gm jintan manis, 10gm kulit kayu manis. Biarkan sehingga menjadi satu cawan. campuran ini diminum hanya sekali sehari sewaktu sakit. ( aku biasanya minum teh halia madu)
- Daun Mas cotek. Daun direndam di dalam secawan air pans. Air ditapis lalu diminum sekali sehari ketika senggugut.

hehhe..SELAMAT MENCUBA!!!


Khamis, 10 Mac 2011

JGNLAH MENCARI YG TERLALU SEMPURNA

BUAT PEDOMAN BERSAMA.

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

random tags..sampaikan kebenaran walaupon ianya perit :)

SUMBER: SAY WOOT WOOT