Sabtu, 12 Mac 2011

PenaWaR SenggUguT

Kenapa aku memilih tajuk ini untuk dikongsikan...hurm..sebab aku juga sering mengalami perkara ini sejak dari azalilah..hehe..so aku suka berkongsi bersama teman d luar sana. Hurmm aku penah mengalami senggugut yg kronik samapi dah kena hantar kat hospital kena jarum tang punggung..auchhhh....hurmm. SElain itu aku mc org preggy pun ada haha sering gak aku kena perut kejang, sakit kepala, mual2 ( ala-ala simpton preggy kan), cirit-birit dan muntah2 ( lagi satu mcm org preggY)..hahha do ape tggu lgi,Ayuh baca !...

1) Pola pemakanan seimbang
Makanan yg dicadangkan seperti:
- Kekacang, badam, sayur-sayuran hijau seperti bayam dang kang kung.
- Makanan berprotein tggi seperti daging merah
- Minyak goreng berkhasiat seperti minyak zaitun atau minyak sayur.
- Amalan minum enam hingga lapan gelas air sehari dan susu soya bg meringgankan rasa sakit.
( Elakkan Kafein, alkohol atau tembakau)
- Elak makanan proses dan sejuk beku seperti biskut, kudapan, kentang goreng, gegelang bawang, donat dan marjerin.

2) Bersenam
Senaman dapat mengurangkan sakit senggugut. Selain itu,kita juga boleh bermeditasi dengnan melakukan tai chi ( siapa yg reti tu lah ek ) mahupun berolahraga sekurang-kurangnya 30minit sehari,lima hari seminggu.

3) Rawatan Fizikal
Amalan menyapu minyak urut/ minyak panas atau menuam perut dgn botol berisi air panas yg berbalut kain pun dapat membantu untukmeringan kan rasa sakit senggugut ( cuberlah). Saudari juga boleh bertungku dgn bantal pemanas atau sekarang ni kan banyk jual tungku2 org bersalin tu..beli jer x mahal. untuk hasil terbaik, gunakan tiga hari berturut-turut dalam 1mgu itu. ( kalo yg jenis tersumbat tu mmg akan kuar darah berketul2 ).

4) Rawatan alternatif
boleh lah try homeopati.Rwatan ini lebih kepada rawata holistik iaitu memberi tumpuan yg lebih kepadapesakit berbanding penyakitnya. Penawar homeopati yang dikatakan mampu mengurangkan senggugut adalah seperti sepia iaitu cairan dakwat yg terdapat pada sotong.

5) Kaedah tradisional
-Sediakan teh pahit tanpa gula.Minum segelas teh sewaktu sakit senggugut memuncak.
- Buah petola. Masak petola mengikut manu kesukaan anda dan makan selama seminggu sebelum datang haid. ( aku kena cuba sendiri ni)
- Pucuk daun betik. Batu tungku yg telah dipanaskan dibalut dgn pucuk daun btik dan kain, lalu diletakkan di atas perut.
- Halia. Lima cawan air direbus brsama 20gm halia 10gm kayu pati, 10gm jintan manis, 10gm kulit kayu manis. Biarkan sehingga menjadi satu cawan. campuran ini diminum hanya sekali sehari sewaktu sakit. ( aku biasanya minum teh halia madu)
- Daun Mas cotek. Daun direndam di dalam secawan air pans. Air ditapis lalu diminum sekali sehari ketika senggugut.

hehhe..SELAMAT MENCUBA!!!


1 ulasan:

  1. Akak nak kongsi kat sini. Akak baru jumpa satu penawar di panggil "whatter". Buatan orang Islam campuran air zam-zam dan herba. Cubalah dulu, dengan izin Allah, senggugut sekunder pun boleh sembuh. Akak kat nusajaya, johor. Contact akak 012-7959101, email atiba2004@gmail.com

    BalasPadam