Khamis, 10 Mac 2011

JGNLAH MENCARI YG TERLALU SEMPURNA

BUAT PEDOMAN BERSAMA.

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

random tags..sampaikan kebenaran walaupon ianya perit :)

SUMBER: SAY WOOT WOOT


Rabu, 9 Mac 2011

Mulan Jameela - Lagu Sedih VidKlip

Aku Berdarah O+


As salam semua...hikhikhik..bersua lagi...semakin rajin pulak nk update blog setiap hari heheh.Aku ni bukanlah manusia yg takut dengan darah tapi boleh2 juga pitam kalo nampak darah yang membuak-buak keluar eee..uishh...

Tapi apa yang nk aku kongsikan ini tidak kena mengena sama ada yang masih hidup dengan yg telah mati?..( yer ke?..hurmm)...ape2 pun aku mmg nk berkongsi pengetahuan ni. So Check it out!!!.

Aku x pasti adakah aku ni manusia yang mempunyai sistem pencernaan yang bagus atau ada masalah dengan sistem pencernaan..hurmm..kena?..jeng3x..sebab timbulnya persoalan ni kerana aku ni cepat betul nk ke tandas buat pelaburan x kiralah pelaburan tu kecik ke besar hikhikhik!. Terutamanya bila makan makanan yg berempah so aku ni ala-ala x layan kedai mamak lah konon..tp mmg betul pun..kejap je nk wat pelaburan..kadang tu tangah sedap2 makan tu lah da ada rasa pelik2..huhu..cepat betul memulas2. huhu..

Kemudian kalo minum susu pula, aku akan cirit-birit lah juga..bayangkan..dalam 1 ( satu )
hari tu aku boleh membuat pelaburan besar sebanyak 3-4 kali huhu..macam makan julap!..tp sebenarnya hanya minum fresh milk...sedap apa susu..dah lah kita cepat kenyang, mencantikkan kulit plak tu..heheh.

Al-kisahnya..aqku pun survey2 lah kat google mengenai diet mengikut kumpulan darah ni... LaH baru aku tahu yang ada makanan x sesuai pun kat badan manusia berdarah O ni..ada tu yg x boleh hadam pun..huhu..so meh baca bersama2..



Inilah adalah gambar sel darah manusia


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH 'O'
Menurut Dr. Peter J>D Adamo, beliau menyarankan agar pemilik darah jenis O ini lebih banyak mengambil makanan yang berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan mengambil ikan atau daging ( kecuali daging yg telah d olah), serta sayur-sayuran yg banyak, telur dan kacang. Namun Menghindari produk susu dan gandu, ( hurmm padanlah nk sehari 3-4kali melabur ). Selain itu disarankan agar pemilik darah ini menghadkan pengambilan buah-buahan..hehe aku ni liat juga buah-buahan terpilih je aku bedal.

Selain itu, pemilik darah ini juga harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi..(wow ini petua nk kurus pun ada ). Dr. Peter J.D Adamo juga tutur menyenaraikan makanan2 lain yg perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang?..(hurmm sedap tu kecuali taugeh , aku mmg x suke makan pun).

Menurut beliau lagi, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan oleh pemilik darah ini memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada daging.

Ciri-ciri golongan darah O:

  1. Memiliki sistem imunisasi yg lebih tggi berbanding golongan darah jenis lain
  2. Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  3. sekiranya tertekan, disarankan melakukan aerobik
  4. Sangat disarankanm agar mengambil makanan berprotein tggi dan rendah karbihidrat seperti daging, buah-buahan, ikan dan sayuran.
  5. Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yg diambil x bersesuaian (uishh ini yg takut ni)

Jadi terjawablah segala persolan aku selama ni..huhu..itu manusia yang berdarah sejenis dgn aku..korang plak mcm mana?







Khamis, 24 Februari 2011


BUAH SUKUN CEGAH MATI MENGEJUT...

Wah!!!..yer ke?..x sangka..huhu..tp masalahnya aku x suka makan buah ni..x kira lah kena wat gulai ke, atau di wat kopok ke..atau wat goreng mcm goreng pisang tu..huhu..x minat betul dgn rasanya..tp apa2 pun aku nk kongsi ilmu..terbaekkk..ni.. BACA K.

Buah sukun ni bukan sahaja lazat dogoreng, buah sukun juga boleh dijadikan ubat dalam merawat demam kuning. Hanya dengan meminum air rebusan buah sukun yang telah dipotong empat selama dua minggu, penyakit demam kuning yang dialami akan sembuh dengan sendirinya.

Selain buahnya,daun pokok sukun juga efektif dalam merawat aneka penyakit. Ekstrak daun sukun mengandungi etanol, flavonoid dan beta-sitoseral yang berkuasa dalam mencegah kekentalan darah dan iskemia aku atau kekurangan aliran darah pada jantung.

Paling istimewa, ia juga dapat menghalang penggumpulan trombosit yang menjadi punca utama mati mengejut...

Tidak hanya itu, ia juga berguna untuk mencegah dinding pem,buluh darah daripada menebal akibat penompokan lemak serta merendahkan pars kolestrol dalam tubuh individu.